03 November 2009

Untitled

Kau teriak ke arah telingaku ,
Melepaskan kemarahan tanpa melihat siapa ,
Membuat keputusan tidak menentu ,
Kemudian kau lupakan kesemuanya ,
Seperti tiada apa - apa yang berlaku ,
Dan berpura - pura segalanya sempurna .

Kau tidak peduli akan perasaan aku , langsung tidakk .
Kini kau sudah berubah , aku tidak lagi kenal kau ,
Kau sudah tidak lagi mempunyai waktu untuk memahami aku ,
Dahulu kau tidak berkelakuan begini ,
Kau lebih menyayangi aku , lebih peka tentang apa yang aku rasa ,
Aku letih untuk bersabar ,
Kerna aku yang menjadi mangsa keadaan .
Kau tidak pernah menjadi tempat luahan perasaanku ,
Hanya mereka sahaja yang aku harapkan ,
Mereka sahaja yang ingin mendengar ,
Hanya mereka yang faham .

Aku tidak berniat untuk menunding jari pada kau ,
Kerna ini bukan salah sesiapa ,
Mungkin aku sahaja yang terasa ,
Mungkin aku yang terlebih memikirkannya ,
Mungkin aku laparkan perhatian ,
Mungkin juga aku yang bersalah . hmm .