Aku yang celaka sebenarnya
dan dia hanya memainkan peranan bersama.
Pabila dia berkata dia bakal mampus tidak lama lagi,
entah mengapa aku tunggu dan terus tunggu akan detik itu,
mengharapkan benda itu benar-benar terjadi.
Setelah sekian lama baru aku tersedar
bahawa terbakarnya hati aku,
bukanlah kerana berjuta kali ditipu.
Tapi hanya kerana dia telah hancurkan kisah cinta aku,
yang dimana dia harus mati.
Aku mungkin terlalu mendalami,
sehingga aku tidak sedar,
yang ia perlahan-lahan,
membunuh diri aku sendiri.