07 May 2013


"bukannya aku tak mahu ditinggalkan seperti dulu
tapi aku sudah dibiasa untuk berada bersama2 kamu
celakalah engkau yang memaksa aku diajar untuk memegang tangan itu
bila dibiarkan aku sendirian--
ah, celaka." 

- Fynn Jamal.

28 April 2013

He's Everything You Want, He's Everything You Need


HE'S EVERYTHING INSIDE OF YOU 
THAT YOU WISH YOU COULD BE
HE SAYS ALL THE RIGHT THINGS
AND EXACTLY THE RIGHT TIME
BUT HE MEANS NOTHING TO YOU 
AND YOU DON'T KNOW WHY.

10 April 2013

Lari.

suatu hari nanti,
akan aku penat berlari,
dan tak mungkin mampu ke mana lagi.
tapi kalau ego aku masih menggunung tinggi,
akan aku buat mereka sendiri yang berlari jauh pergi.

27 February 2013

Ah, Celaka.

Aku yang celaka sebenarnya
dan dia hanya memainkan peranan bersama.
Pabila dia berkata dia bakal mampus tidak lama lagi,
entah mengapa aku tunggu dan terus tunggu akan detik itu,
mengharapkan benda itu benar-benar terjadi.
Setelah sekian lama baru aku tersedar
bahawa terbakarnya hati aku,
bukanlah kerana berjuta kali ditipu.
Tapi hanya kerana dia telah hancurkan kisah cinta aku,
yang dimana dia harus mati.
Aku mungkin terlalu mendalami,
sehingga aku tidak sedar,
yang ia perlahan-lahan,
membunuh diri aku sendiri.

20 February 2013

:'





11 February 2013

Bukan Hijau Itu Yang Aku Rindu.

Aku rindu... ;

indahnya kehijauan,
pagi petang perjalanan,
bau mandi peluhan,
langit penuh kerdipan,
bunyi-bunyi tenang kesepian,
malam jalan bersuluhan,
mandi gigil kesejukan,
kepayahan mata untuk dilelapkan,
nyamuk buat peneman.

Ah, nyaman.

04 February 2013

Kering.

Udah lama air mata ga menetes jatuh.
Bukan yang puncanya hijau merah,
bukan juga yang puncanya serbuk hitam,
malah ianya adalah rasa.
Mungkin aku udah lama ga merasa.
Atau mungkin rasa itu udah jauh lama menghilang.

Hmm... rasanya?

25 November 2012

Dark Brown Eyes

that dark brown eyes can make my day,
and it just blew me away,
how it could turn everything to okay.
three days a week in a couple of years,
but I didn't even know what his name was.
I've had never said hi when he passes by,
maybe because when he looks at me,
I'd just blink and slowly look away.
life seems dull and it has been awhile,
since the last time I saw he smiles with those beautiful eyes.
it's too late now because he's already gone,
and I wonder how could I ever see him again somehow.

20 October 2012

Siapa Dia?

Dan masihku sayang akan dia.

Dia yang pernah berikanku bahagia.
Kuanggap dialah hero dunia.
Tetapi kini jelas dia hanyalah celaka.
Kerna dia punca linangan air mataku tiap bulan purnama.

Dan masihku sayang akan dia.

Mereka pernah berkata dialah empunya nama,
yang akanku bawa sehingga jasadku tidak lagi bernyawa.
Tidak pernahku minta diwujudkan ke dunia,
Namun dialah puncanya.

Dan masihku sayang akan dia.

Dalam diam dia ajarku arti derita dan sengsara.
Mereka terpedaya dan fikir kubahagia.
Dia bina dan punahkan segalanya.
Tidak akan pernah kukenal orang sepertinya.

Dan masihku sayang akan dia.

Dia yang sepatutnnya kuluangkan masa bersama.
Kerna dia kuenggan berkeluarga.
Akan kucuba tidak tundingkan jariku ke dia,
atas apa yang telah terjadi dahulu, kini dan selamanya.

Dan masihku sayang akan dia.

01 October 2012

Aku Dan Engkau.

Aku adalah aku.
Engkau adalah engkau.
Aku bukan engkau.
Dan engkau bukan aku.
Jadilah engkau yang engkau.
Tak perlu jadi aku yang aku.
Sebab aku adalah aku.
Dan engkau adalah tetap engkau ;
Yang pastinya bukan aku,
Tetapi engkau.